DERMA PEMBINAAN MASJID

"BERSAMA-SAMA KITA MEMBINA SAHAM AKHIRAT" 
 

Masjid Kampung Lapan Kotak, Besut Terengganu Darul Iman sedang mengumpul dana untuk pembinaan sebuah masjid baru yang sedang dalam pembinaan. Masjid ini diilhamkan oleh Dato' Seri Idris Jusoh yang merupakan Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia yang juga adalah Ahli Parlimen Besut, Terengganu. Sebarang sumbangan derma untuk dana pembinaan semula masjid ini boleh disalurkan ke akaun bank berikut :

Bank : CIMB (Cawangan Jerteh)
Nombor Akaun : 8601938709
Pemegang Akaun : Masjid Kampung Lapan Kotak,
                                Besut Terengganu Darul Iman

Sila Hubungi :
1. En. Azmi Bin Jaafar : 013-955 6003
2. Tn. Hj. Ahmad Wan Yaacob : 013-971 5840
3. En. Mat Din Bin Mohamed : 013-919 7543
SUMBANGAN/DERMA BAHAN BINAAN SEPERTI PASIR KASAR, PASIR PLASTER, BATU AGGREGATE, BATU BATA, SEMIN OPC, SIMEN WALLCRETE PLASTER, CAT DAN YANG LAIN-LAIN JUGA DITERIMA. SUMBANGAN ATAU DERMA BAHAN BINAAN BOLEH DIHANTAR TERUS KE TAPAK BINA.

.::. Maksud Hadith .::.

"Sesiapa yang membina Masjid, maka Allah akan membina untuknya satu rumah di dalam Syurga"

- Hadith Sohih.

Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya 
"(Hadis Riwaya Ibnu Majah)"
 

.::. Penafian .::.

ASSALAMUALAIKUM...

Ini adalah blog rasmi Jawatankuasa Masjid Kampung Lapan Kotak, Besut Terengganu Darul Iman . Jawatankuasa Masjid Kampung Lapan Kotak & juga Jawatankuasa Pembinaan Jawatankuasa Masjid Kampung Lapan Kotak, Besut Terengganu Darul Iman TIDAK PERNAH MELANTIK mana-mana pihak/individu/syarikat/blogger/NGO untuk membuat KUTIPAN DERMA /SUMBANGAN dari rumah ke rumah mahupun dikalangan orang ramai.

Sekiranya Tuan/Puan Muslimin Muslimat ingin menderma bagi mengisi "Tabung Pembinaan Jawatankuasa Masjid Kampung Lapan Kotak, Besut Terengganu Darul Iman", sila gunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan sahaja, tanpa melalui pihak ketiga.

Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Masjid Kampung Lapan Kotak, Besut Terengganu Darul Iman

No comments:

Post a Comment