Sunday 13 October 2013

Lawatan Dato' Seri Idris Jusoh Ke Tapak Pembinaan Masjid Kg. Lapan Kotak

Assalamualaikum wbt,

Pada tanggal 13 Okt 2013 bersamaan 8 Zulhijjah 1434, Dato' Seri Idris Jusoh Penasihat Jawatan kuasa Pembinaan Masjid Kg. Lapan Kotak Besut, Terengganu Darul Iman telah datang melawat tapak pembinaan untuk memantau dan melihat sendiri status terkini pembinaan masjid. Dato'Seri di iringi oleh semua konsultan yang terlibat, turut serta AJK Masjid dan juga JKKK Kg. Lapan Kotak.

Berikut adalah gambar-gambar status pembinaan terkini masjid yang sempat dirakam.

Batu-batu Agregate Yang Telah Dihantar Ke Tapak Oleh Seorang Penderma Yang Tidak Ketahui
Pasir Kasar Yang Telah Dihantar Ke Tapak Oleh Seorang Penderma Yang Tidak Ketahui

Masjid Kampung Lapan Kotak, Besut Terengganu Darul Iman sedang mengumpul dana untuk pembinaan sebuah masjid baru yang sedang dalam pembinaan. Masjid ini diilhamkan oleh Dato' Seri Idris Jusoh yang merupakan Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia yang juga adalah Ahli Parlimen Besut, Terengganu.

Sebarang sumbangan derma untuk dana pembinaan semula masjid ini boleh disalurkan ke akaun bank berikut :

Bank : CIMB (Cawangan Jerteh)
Nombor Akaun : 8601938709
Pemegang Akaun : Masjid Kampung Lapan Kotak,
                                Besut Terengganu Darul Iman

Sila Hubungi :
1. En. Azmi Bin Jaafar : 013-955 6003
2. Tn. Hj. Ahmad Wan Yaacob : 013-971 5840
3. En. Mat Din Bin Mohamed : 013-919 7543

SUMBANGAN/DERMA BAHAN BINAAN SEPERTI BESI TETULANG, BRC, PASIR KASAR, PASIR PLASTER, BATU AGGREGATE, BATU BATA, SEMIN OPC, SIMEN WALLCRETE PLASTER, CAT DAN YANG LAIN-LAIN JUGA DITERIMA. SUMBANGAN ATAU DERMA BAHAN BINAAN BOLEH DIHANTAR TERUS KE TAPAK BINA.

.::. Maksud Hadith .::.

"Sesiapa yang membina Masjid, maka Allah akan membina untuknya satu rumah di dalam Syurga"
 - Hadith Sohih.

 Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya.
 "(Hadis Riwaya Ibnu Majah)"